Thursday, 31 October 2013

SOALAN 4 : NOVEL: TEMA

CONTOH JAWAPAN SOALAN NOVEL
TEMA
NOVEL: RENYAH

4a. Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari.
                Novel Renyah karya Gunawan Mahmood bertemakan ketabahan seorang ketua keluarga menghadapi cabaran dan dugaan dalam usahanya membahagikan keluarga.
                Dato Dolhi, seorang tokoh usahawan berjaya tabah menghadapi dugaan dengan karenah anak-anaknya yang tidak berminat dalam perniagan keluarga malah menjatuhkan maruah keluarga dengan gejala negetif. Sebagai contoh, Hasnol anak sulung Dato Dolhi telah terlibat dengan amalan rasuah. Selain itu, Ilham berada di luar negaradan berkomplot dengan orang asing memboikot Malaysia dianggap pengkhianat negara.
                Dato Dolhi juga tabah menghadapi kehilangan isteri keduanya, Mastura ketika melahirkan anak lelakinya, Wahi. Dato Dolhi juga tabah menghadapi karenak isterinya, Datin Tominah yang kuat cemburu dan sering mengongkongnya.
                Akhir sekali, Dato Dolhi tabah membangunkan syarikat Dolhi-Albert Holding dan berusaha mengekalkannya sebagai perniagaan keluarga.

NOVEL: SUTERA DALAM LUKISAN
               
                Novel Sutera Dalam Lukisan bertemakan Kesabaran dan ketabahan seorang pemuda dalam menghadapi konflik jiwa setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan neneknya.
                Bujei sabar dan tanah menghadapi tragedy pertama dalam hidupnya, iaitu kematian ayahnya dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Karak, diikuti kematian ibunya dalam kebakaran rumah mereka dan kematian nenek yang amat menyayanginya. Selain itu Bujei sabar dan tabah menghadapi kekejaman bapa tirinya, Harun. Bujei dianggap sampah, difitnah dan disepak oleh bapa tirinya.

                Seterusnya, Bujei sabar dan tabah dengan penghinaan dan ejekan orang kampong. Bujei dipermainan dan diperbodohkan oleh orang kampung terutamanya Alias yang menganggapnya dungu. Selain itu. Bujei juga tabah menjalani sesi kaunseling dan bimbingan daripada Adila walaupun menghadapi pelbagai fitnah daripada Alias.

No comments: