Thursday 31 October 2013

NOVEL: PERSOALAN

PERSOALAN
NOVEL: RENYAH

4a . kegigihan  merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari.Berikan pernyataan tersebut.
                Antara bukti persoalan kegigihan dalam novel Renyah ialah kegigihan dalam memajukan memajukan kerjaya. Amera seorang yang gigih menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru sehingga dia terpilih sebagai Tokoh Guru Cemerlang Negeri. Di rumah Amera juga selalu memeriksa buku latihan murid-muridnya. Wahi pula gigih memajukan diri mengikuti kursus di luar negeri sehingga dia diberi kepercayaan menerajui perniagaan Dolhi-albert Holding bagi menggantikan Datuk Dolhi.
                Selain itu, kegigihan mencari peluang perniagaan. Datok Dolhi, Wahid an albert Lee gigih bekerja dan menyusun strategi sehingga Dolhi-Albert Holding mampu membina empayar perniagaan hingga ke luar negara. Mereka sentiasa merebut peluang yang ada.
                Seterusnya kegigihan menyara keluarga. Mukhlis gigih bekerja di kilang mi dengan gaji lima ringgit sehari demi menyara keluarganya.

SUTERA DALAM LUKISAN

                Persoalan kegigihan dalam novel Sutera Dalam Lukisan ialah kegigihan dalam mencapai sesuatu matlamat. Adila gigih berusaha untuk memulihkan Bujei yang dianggap dungu dan tidak normal oleh masyarakat kampung. Meskipun mendapat pelbagai halangan seperti fitnah daripada Alias dan ketidakyakinannya kepada keluarga Pak Longnya, adila akhirnya menjadikan Bujei seorang yang normal.
                Selain itu, kegigihan mencari rezeki. Wak Senen gigih gigih mengusahakan tanah pusaka arwah ibu Bujei yang dibeli daripada Harun sehingga memperoleh rezeki yang banyak.
                Seterusnya, Persoalan kebaikan akan mengatasi kebatilan seperti yang tergambar dalam peristiwa Alias yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila telah menyebabkan dia mendapat pembalasan akibat perbuatannya sendiri. 


NOVEL RENYAH  

 4a: Huraikan 4 persoalan yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari.        
    
                Terdapat banyak persoalan yang terdapat dalam novel Renyah karya Gunawan Mahmood. Antaranya persoalan golongan mudauda terlibat dengan ajaran sesat.Persoalan ini dapat dilihat apabila Mukhlis yang menyertai kegiatan dakwah tanpa ilmu yang mencukupi sehingga terjebak dalam masalah kehidupan.  

                Seterusnya ,persoalan sikap tamak hingga terlibat dalam rasuah. Persoalan ini dipaparkan melalui sikap tamak yang menguasai diri sehingga terlibat dalam rasuah.Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang akhirnya menerima tawaran sebanyak RM300 ribu bagi membantu Tengku Munir mendapatkan tander.

No comments: