Thursday, 31 October 2013

PERIBAHASA DALAM TEKS TINGKATAN 4 DAN 5

PERIBAHASA TINGKATAN 4
1
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat
2
Darah daging
Maksud: anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri
3
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
Maksud:mengalami susah senang bersama-sama
4
Meninggi diri
Maksud: sombong
5
Bermuka dua
Maksud: tidak jujur
6
Baik Hati
Maksud:Bersikap baik dan penyayang ( suka menolong )
7
Tulang belakang
Maksud: Punca kekuatan / orang harapan
8
Bara yang digengam biar sampai jadi arang
Maksud: mengerjakan sesuatu yang sukar perlulah bersabar, segingga mencapai kejayaan
9
Bagai kaca terhempas ke batu
Maksud: sangat sedih atau kecewa
10
Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud:Mendidik anak biarlah sejak kecil
11
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud: Dua orang atau dua pihak yang sama darjat dalam adat
12
Seperti lembu dicucuk hidung
Maksud: orang yang selalu menurut kemahuan orang lain
13
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
Maksud: bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu
14
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud: segala yang dikehendaki sudah diperoleh
15
Terang hati
Maksud:lekas pandai
16
Rendah hati
Maksud: tidak sombong
17
Murah hati
Maksud: Pemurah
18
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud: Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh
19
Tangan kosong
Maksud: Hampa

PERIBAHASA TINGKATAN 5
1
Lintah darat
Maksud: Pembeli yangmengambil keuntungan terlalu tinggi
2
Bagi aur dengan tebang
Maksud: Hubungan yang rapat antara satu sama lain dan saling membantu
3
Anak dagang
Maksud: Orang luar yang metap di sesuatu tempat
4
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
Maksud: Walau bagaimanapun kelebihan di negeri orang, tetap di negeri sendiri lebih baik
5
Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
Maksud: kalau takut menghadapi penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
6
Indah khabar dari rupa
Maksud: Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang di lebih-lebihkan
7
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud: Pengagihan yang sama banyak
8
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud: Perhubungan yang akra, susah senang bersama
9
Kacang lupakan kulit
Maksud: Orang yang melupakan asalnyaorang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan
10
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami
11
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua
Maksud: kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya
12
Memerah otak
Maksud: berfikir dengan bersungguh-sungguh
13
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Maksud:tidak akan tercapai maksudnya jika tidak mahu berusaha bersungguh-sungguh
14
Berakit-raki ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian
Maksdu: Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapat kesenangan di kemudian hari
15
Yang bulat tidak datang menggolek yang pipih tidak datang melayang
Maksud: Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
16
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
Maksud: Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil
17
Bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud: Terlalu banyak dalam sesuatu masa
18
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud: Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat
19
Yang kita kejar tidak dapat, yang dikendong berciciran
Maksud:Bernasib malang kerana mengejar sesuatu, yang sudah di tangan hilang pula
20
Mencari jalan

Maksud: Berikhtiarmenyelesaikan sesuatu perkara
21
Masuk kandang kambin mengebek, masuk kandang kerbau menguak

Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempay dan keadaan
22
Biar mati anak jangan  mati adat

Maksud: orang yang kuat berpegang pada adat
23
Sediakan payung sebelum hujan

Berjaga-jaga terlebih dahulu sebelummendapat sesuatu bencana
24
Berbesar hati

Maksud: gembira
25
Anak buah

Maksud: anak saudara, pekerja di bawah jagaan kita
26
Tuan rumah

Maksud:Tempat berlangsungnya sesuatu acara
27
Yang lama dikelek, yang baharu didukung

Maksud: adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru
28
Batu penghalang

Maksud: Halangan yang dihadapi
29
Untung anak lelaki cari-carikan, untug anak perempuan nanti-nantikan

Maksud: Orang lelaki yang merisik bakal isterinya
30
Bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud: Perantau yang pulang ke tempat asal

No comments: