CONTOH
JAWAPAN SOALAN NOVEL
TEMA
NOVEL:
RENYAH
4a. Jelaskan tema novel yang telah anda
pelajari.
Novel
Renyah karya Gunawan Mahmood bertemakan ketabahan seorang ketua keluarga
menghadapi cabaran dan dugaan dalam usahanya membahagikan keluarga.
Dato
Dolhi, seorang tokoh usahawan berjaya tabah menghadapi dugaan dengan karenah
anak-anaknya yang tidak berminat dalam perniagan keluarga malah menjatuhkan
maruah keluarga dengan gejala negetif. Sebagai contoh, Hasnol anak sulung Dato
Dolhi telah terlibat dengan amalan rasuah. Selain itu, Ilham berada di luar
negaradan berkomplot dengan orang asing memboikot Malaysia dianggap pengkhianat
negara.
Dato
Dolhi juga tabah menghadapi kehilangan isteri keduanya, Mastura ketika
melahirkan anak lelakinya, Wahi. Dato Dolhi juga tabah menghadapi karenak
isterinya, Datin Tominah yang kuat cemburu dan sering mengongkongnya.
Akhir
sekali, Dato Dolhi tabah membangunkan syarikat Dolhi-Albert Holding dan
berusaha mengekalkannya sebagai perniagaan keluarga.
NOVEL:
SUTERA DALAM LUKISAN
Novel
Sutera Dalam Lukisan bertemakan Kesabaran dan ketabahan seorang pemuda dalam
menghadapi konflik jiwa setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan neneknya.
Bujei
sabar dan tanah menghadapi tragedy pertama dalam hidupnya, iaitu kematian
ayahnya dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Karak, diikuti kematian
ibunya dalam kebakaran rumah mereka dan kematian nenek yang amat menyayanginya.
Selain itu Bujei sabar dan tabah menghadapi kekejaman bapa tirinya, Harun.
Bujei dianggap sampah, difitnah dan disepak oleh bapa tirinya.
Seterusnya,
Bujei sabar dan tabah dengan penghinaan dan ejekan orang kampong. Bujei
dipermainan dan diperbodohkan oleh orang kampung terutamanya Alias yang
menganggapnya dungu. Selain itu. Bujei juga tabah menjalani sesi kaunseling dan
bimbingan daripada Adila walaupun menghadapi pelbagai fitnah daripada Alias.
PERSOALAN
NOVEL:
RENYAH
4.a .
kegigihan merupakan salah satu persoalan
yang terdapat dalam novel yang telah anda pelajari.Berikan pernyataan tersebut.
Antara
bukti persoalan kegigihan dalam novel Renyah ialah kegigihan dalam memajukan
memajukan kerjaya. Amera seorang yang gigih menjalankan tanggungjawabnya
sebagai guru sehingga dia terpilih sebagai Tokoh Guru Cemerlang Negeri. Di
rumah Amera juga selalu memeriksa buku latihan murid-muridnya. Wahi pula gigih
memajukan diri mengikuti kursus di luar negeri sehingga dia diberi kepercayaan
menerajui perniagaan Dolhi-albert Holding bagi menggantikan Datuk Dolhi.
Selain
itu, kegigihan mencari peluang perniagaan. Datok Dolhi, Wahid an albert Lee
gigih bekerja dan menyusun strategi sehingga Dolhi-Albert Holding mampu membina
empayar perniagaan hingga ke luar negara. Mereka sentiasa merebut peluang yang ada.
Seterusnya
kegigihan menyara keluarga. Mukhlis gigih bekerja di kilang mi dengan gaji lima
ringgit sehari demi menyara keluarganya.
SUTERA
DALAM LUKISAN
Persoalan
kegigihan dalam novel Sutera Dalam Lukisan ialah kegigihan dalam mencapai sesuatu matlamat. Adila gigih berusaha
untuk memulihkan Bujei yang dianggap dungu dan tidak normal oleh masyarakat
kampung. Meskipun mendapat pelbagai halangan seperti fitnah daripada Alias dan
ketidakyakinannya kepada keluarga Pak Longnya, adila akhirnya menjadikan Bujei
seorang yang normal.
Selain
itu, kegigihan mencari rezeki. Wak
Senen gigih gigih mengusahakan tanah pusaka arwah ibu Bujei yang dibeli
daripada Harun sehingga memperoleh rezeki yang banyak.
Seterusnya,
Persoalan kebaikan akan mengatasi kebatilan seperti yang tergambar dalam peristiwa Alias
yang cuba mengenakan ilmu pengasih terhadap Adila telah menyebabkan dia
mendapat pembalasan akibat perbuatannya sendiri.
No comments:
Post a Comment