PETIKAN RUMUSAN
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian tuliskan rumusan tentang akibat aktiviti pembalakan di negara ini pada masa
sekarang dan langkah-langkah mangawalnya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 perkataan.
Tragedi
keruntuhan Highland Tower dan tanah runtuh di jalan susur Karak, laluan yang
menghubungkan Kuala Lumpur dengan Genting Highlands sepatutnya dijadikan
iktibar tentang kerakusan manusia mengejar kebendaan. Sebarang aktiviti manusia
tanpa mempedulikan kepentingan alam sekitar akan membawa padah kepada diri
sendiri. Pengeksploitasian sumber alam untuk kepentingan ekonomi semata-mata
telah diwarisi sejak zaman penjajahan. Amalan sedemikian terbawa-bawa sehingga
ke hari ini, iaitu manusia sanggup menebang pokok dan menarah bukit dengan
sesuka hati untuk memenuhi matlamat ekonomi jangka pendek mereka.
Perubahan
cita rasa penduduk dan kegiatan komersial yang semakin meningkat menyebabkan
permintaan terhadap pelbagai jenis bangunan terus bertambah. Terdapat pula
kecenderungan di kalangan pemaju perumahan untuk membina bangunan kediaman
tinggi di kawasan bandar disebabkan kekurangan tanah dan kegiatan mengambil
untung yang berlebihan. Sejajar dengan itu, para kontraktor mula gemar akan
kawasan bukit-bukau sebagai tapak pembinaan mereka. Akibatnya kawasan
bukit-bukau yang selama ini menjadi sebagai kawasan tadahan hujan, mulai
ditarah dan digondolkan. Malah dua pusat peranginan utama, Genting Highlands
dan Cameron Highlands, yang dahulunya begitu terkenal dengan udaranya yang sejuk
telah menjadi semakin panas.
Perkembangan
ekonomi yang bertambah pesat sejak akhir-akhir ini tidak mungkin akan dapat
menjamin pengekalan kawasan hutan yang sedia ada. Tambahan pula terdapat
laporan yang menyatakan bahawa kegiatan pembalakan telah menyebabkan seluas 800
ribu hektar hutan telah dibersihkan dalam masa setahun, sedangkan kadar
penanaman semula hutan jauh lebih rendah daripada keluasan itu. Pemulihan hutan
melalui aktiviti penanaman semula juga memerlukan masa yang panjang.
Seorang
pakar botani dari Universiti Malaya pernah menganggarkan bahawa dalam masa
sepuluh tahun, hasil balak akan berkurangan sebanyak separuh daripada yang ada
pada masa kini. Malahan kini saiz balak yang dibawa ke kilang lebih kecil
daripada saiz balak dahulu yang lebih besar. Dijangkakan beberapa tahun lagi
industri berasaskan kayu negara akan menghadapi kekurangan bekalan kayu yang
meruncing. Sebagai alternatif, balak yang sebelum ini dieskport terpaksa pula
diimport. Akhirnya jika hasil pembuatan barangan kayu tidak dieksport semula
dengan nilai yang lebih besar, imbangan pembayaran negara akan turut terjejas.
TEKNIK MEMILIH AYAT FAKTA
DAN BUKAN AYAT FAKTA.
Kaedah :
Asingkan
ayat-ayat yang mengandungi arahan soalan dan ayat-ayat yang tidak berkaitan
dengan arahan soalan.
Arahan soalan :
Baca
petikan di bawah dengan teliti, kemudian tuliskan rumusan tentang akibat
aktiviti pembalakan di negara
ini pada masa sekarang dan langkah-langkah mangawalnya
Ayat isi tersurat : Akibat aktiviti pembalakan di
negara pada masa sekarang
Ayat isi tersirat : Langkah-langkah mengawal
aktiviti pembalakan di negara pada masa sekarang
TEKNIK MENGESAN ISI : Ayat
dijadikan dalam bentuk penomboran.
1.
Tragedi keruntuhan Highland Tower
dan tanah runtuh di jalan susur Karak, laluan yang menghubungkan Kuala Lumpur
dengan Genting Highlands sepatutnya dijadikan iktibar tentang kerakusan manusia
mengejar kebendaan.
Analisis : contoh
kesan aktiviti pembalakan ( tidak
releven dengan arahan soalan )
2.
Sebarang aktiviti manusia tanpa
mempedulikan kepentingan alam sekitar akan membawa padah kepada diri sendiri.
Analisis : tidak
menyatakan akibat secara sepesifik ( tidak releven dengan arahan soalan )
3.
Pengeksploitasian sumber alam
untuk kepentingan ekonomi semata-mata telah diwarisi sejak zaman penjajahan.
Analisis : punca
aktiviti pembalakan ( tidak releven
dengan arahan soalan )
4.
Amalan sedemikian terbawa-bawa
sehingga ke hari ini, iaitu manusia sanggup menebang pokok dan menarah bukit
dengan sesuka hati untuk memenuhi matlamat ekonomi jangka pendek mereka.
Analisis : punca
aktiviti pembalakan ( tidak releven dengan arahan soalan )
5.
Perubahan cita rasa penduduk dan
kegiatan komersial yang semakin meningkat menyebabkan permintaan terhadap
pelbagai jenis bangunan terus bertambah.
Analisis : punca
penebangan hutan ( tidak releven dengan arahan soalan )
6.
Terdapat pula kecenderungan di
kalangan pemaju perumahan untuk membina bangunan kediaman tinggi di kawasan
bandar disebabkan kekurangan tanah dan kegiatan mengambil untung yang
berlebihan.
Analisis : punca
penebangan hutan ( tidak releven dengan arahan soalan )
7.
Sejajar dengan itu, para
kontraktor mula gemar akan kawasan bukit-bukau sebagai tapak pembinaan mereka.
Analisis : punca
penebangan hutan ( tidak releven dengan arahan soalan )
8.
Akibatnya kawasan bukit-bukau yang
selama ini menjadi sebagai kawasan tadahan hujan, mulai ditarah dan
digondolkan.
Analisis : ayat
di atas menyebut tentang kesan aktiviti pembalakan
iaitu :
·
Kawasan bukit-bukau /tadahan hujan
mulai ditarah
·
Kawasan bukit-bukau/ tadahan hujan
digondolkan.
9.
Malah dua pusat peranginan utama,
Genting Highlands dan Cameron Highlands, yang dahulunya begitu terkenal dengan
udaranya yang sejuk telah menjadi semakin panas.
Analisis : ayat
di atas menyebut tentang kesan aktiviti pembalakan iaitu :
·
Kawasan peranginan/ tanah tinggi/
bukit yang dahulunya sejuk kini menjadi semakin panas.
10.
Perkembangan ekonomi yang
bertambah pesat sejak akhir-akhir ini tidak mungkin akan dapat menjamin
pengekalan kawasan hutan yang sedia ada.
Analisis : ayat di atas tidak
menyebut akibat aktiviti pembalakan secara spesifik
( tidak releven
dengan arahan soalan )
11.
Tambahan pula terdapat laporan
yang menyatakan bahawa kegiatan pembalakan telah menyebabkan seluas 800 ribu
hektar hutan telah dibersihkan dalam masa setahun, sedangkan kadar penanaman
semula hutan jauh lebih rendah daripada keluasan itu.
Analisis : ayat
di atas menyebut akibat aktiviti pembalakan iaitu :
·
Menyebabkan 800 ribu hektar hutan
telah dibersihkan dalam masa setahun
12.
Pemulihan hutan melalui aktiviti penanaman
semula juga memerlukan masa yang panjang.
Analisis : ayat
di atas menyebut tentang langkah pemulihan hutan
( tidak releven dengan
arahan soalan )
13.
Seorang pakar botani dari
Universiti Malaya pernah menganggarkan bahawa dalam masa sepuluh tahun, hasil
balak akan berkurangan sebanyak separuh daripada yang ada pada masa kini.
Analisis : ayat
di atas menyebut akibat aktiviti pembalakan iaitu :
·
Hasil balak akan berkurangan
sebanyak separuh daripada yang ada pada masa kini
14.
Malahan kini saiz balak yang
dibawa ke kilang lebih kecil daripada saiz balak dahulu yang lebih besar.
Analisis : ayat
di atas menyebaut akibat aktiviti pembalakan iaitu :
·
saiz balak yang dibawa ke kilang
lebih kecil daripada saiz balak dahulu yang lebih besar
15.
Dijangkakan beberapa tahun lagi
industri berasaskan kayu negara akan menghadapi kekurangan bekalan kayu yang
meruncing.
Analisis : ayat
di atas menerangkan akibat aktiviti pembalakan iaitu :
·
industri berasaskan kayu negara
akan menghadapi kekurangan bekalan kayu yang meruncing
16.
Sebagai alternatif, balak yang
sebelum ini dieskport terpaksa pula diimport.
Analisis : ayat
di atas menerangkan akibat aktiviti pembalakan iaitu :
·
balak yang sebelum ini dieskport
terpaksa pula diimport
17.
Akhirnya jika hasil pembuatan
barangan kayu tidak dieksport semula dengan nilai yang lebih besar, imbangan
pembayaran negara akan turut terjejas.
Analisis : ayat
di atas tidak berkaitan secara langsung dengan akibat aktiviti pembalakan
sebaliknya
menerangkan kesan tidak langsung aktiviti pembalakan
( tidak releven dengan arahan soalan )
IKAT SEMUA ISI TERSURAT DALAM
PETIKAN :
1.
Aktiviti pembalakan menyebabkan kawasan
bukit-bukau /tadahan hujan mulai ditarah/ digondolkan.
2.
Aktiviti pembalakan menyebabkan kawasan peranginan/
tanah tinggi/ bukit yang dahulunya sejuk kini menjadi semakin panas.
3.
Aktiviti pembalakan menyebabkan 800 ribu
hektar hutan telah dibersihkan dalam masa setahun.
4.
Aktiviti pembalakan menyebabkan hasil
balak akan berkurangan sebanyak separuh daripada yang ada pada masa kini
5.
Aktiviti pembalakan menyebabkan saiz balak
yang dibawa ke kilang lebih kecil daripada saiz balak dahulu yang lebih besar
6.
Aktiviti pembalakan menyebabkan industri
berasaskan kayu negara akan menghadapi kekurangan bekalan kayu yang meruncing
7.
Aktiviti pembalakan menyebabkan balak yang
sebelum ini dieskport terpaksa pula diimport
MENGEMUKAKAN ISI TERSIRAT RUMUSAN :
Arahan soalan : Langkah-langkah mengawal aktiviti
pembalakan.
1.
Aktiviti pembalakan dapat dikawal melalui
penguatkuasaan undang-undang secara lebih tegas dan telus.
2.
Aktiviti pembalakan dapat dikawal jika
kerajaan dapat memajukan industri yang bukan berasaskan kayu.
3.
Aktiviti pembalakan dapat dikawal jika
kerajaan tidak terlalu bergantung kepada sektor pembalakan sebagai sumber utama
pendapatan negara
4.
Aktiviti pembalakan dapat dikawal jika
kaki tangan yang telibat dalam bidang perhutanan diberikan latihan dan
pendedahan yang secukupnya.
5.
Aktiviti pembalakan dapat dikawal jika
usaha tanam semula pokok dilakukan secara besar-besaran bagi mengganti hutan
yang telah musnah.
6.
Aktiviti pembalakan dapat dikawal melalui
penyertaan aktif oleh badan-badan bukan kerajaan/ kumpulan pendesak alam
sekitar.
7.
Aktiviti pembalakan dapat dikawal melalui
pendedahan generasi muda terhadap kepentingan menjaga alam sekitar melalui
pendidikan alam sekitar di sekolah.
8.
Aktiviti pembalakan dapat dikawal melalui
usaha media elektronik dan media cetak memfokuskan kepada kesan negatif
aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.
CONTOH RUMUSAN :
Petikan
memperkatakan punca-punca dan akibat aktiviti pembalakan di negara ini pada
masa sekarang. ( 12 patah perkataan )
Aktiviti
pembalakan menyebabkan kawasan bukit-bukau mulai digondolkan dan kawasan peranginan
yang dahulunya sejuk kini menjadi semakin panas. Aktiviti pembalakan menyebabkan 800 ribu hektar hutan telah dibersihkan
dalam masa setahun dan hasil balak akan berkurangan sebanyak separuh daripada
yang ada pada masa kini disamping saiz balak yang dibawa ke kilang lebih kecil
daripada saiz balak dahulu yang lebih besar . Industri berasaskan kayu negara pula
akan menghadapi kekurangan bekalan kayu yang meruncing. ( 69 patah perkataan )
Aktiviti
pembalakan dapat dikawal melalui penguatkuasaan undang-undang secara lebih
tegas dan telus disamping kerajaan memajukan industri yang bukan berasaskan
kayu. ( 12 patah perkataan )
Kesimpulannya, usaha penebangan
balak perlulah terancang dan mendapat kerjasama semua pihak agar tidak
mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar.
( 19 patah perkataan )
Jumlah perkataan : 112
PENGENALAN :
·
petikan membincangkan akibat
aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang (1m)
·
Petikan membincangkan punca-punca
dan akibat aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang ( 2m )
ISI TERSURAT : AKIBAT AKIBAT AKTIVITI PEMBALAKAN.
S1. kawasan bukit-bukau /tadahan hujan
mulai ditarah/ digondolkan. (2m)
S2. kawasan peranginan/
tanah tinggi/ bukit yang dahulunya sejuk kini menjadi semakin panas.
(2m)
S3. 800 ribu hektar hutan telah
dibersihkan dalam masa setahun. (2m)
S4. hasil balak akan berkurangan sebanyak
separuh daripada yang ada pada masa kini .(2m)
S5 saiz balak yang dibawa ke kilang
lebih kecil daripada saiz balak dahulu yang lebih besar. (2m)
S6 industri berasaskan kayu negara akan
menghadapi kekurangan bekalan kayu yang meruncing
(2m)
S7 balak yang sebelum ini dieskport
terpaksa pula diimport (2m)
ISI TERSIRAT : LANGKAH-LANGKAH
MENGAWAL AKTIVITI PEMBALAKAN.
T1. Penguatkuasaan undang-undang secara
lebih tegas dan telus.
T2. Kerajaan dapat memajukan industri yang
bukan berasaskan kayu.
T3. Kerajaan tidak terlalu bergantung
kepada sektor pembalakan sebagai sumber utama pendapatan negara
T4 Kaki tangan yang telibat dalam bidang
perhutanan diberikan latihan dan pendedahan yang secukupnya.
T5. Usaha tanam semula pokok dilakukan
secara besar-besaran bagi mengganti hutan yang telah musnah.
T6. Penyertaan aktif oleh badan-badan
bukan kerajaan/ kumpulan pendesak alam sekitar.
T7. Pendedahan generasi muda terhadap
kepentingan menjaga alam sekitar melalui pendidikan alam sekitar di sekolah.
T8. Usaha media elektronik dan media cetak
memfokuskan kepada kesan negatif aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.
KESIMPULAN :
Kesimpulannya, usaha penebangan balak perlulah terancang dan mendapat
kerjasama semua pihak agar tidak mendatangkan kesan negatif kepada alam
sekitar.
PENANDAAN RUMUSAN CALON :
18
P = 01
S = 10
T = 00
K = 02
___________
I = 13
B = 05
--------------
J = 18
|
Petikan membincangkan akibat
aktiviti pembalakan di negara ini pada masa sekarang.
Pengeksploitasian sumber alam untuk kepentingan ekonomi
semata-mata telah diwarisi sejak zaman penjajahan. Amalan sedemikian
terbawa-bawa sehingga ke hari ini, iaitu manusia sanggup menebang pokok dan
menarah bukit dengan sesuka hati untuk memenuhi matlamat ekonomi jangka
pendek mereka.
Sejajar dengan itu, para kontraktor mula gemar akan
kawasan bukit-bukau sebagai tapak pembinaan mereka. Akibatnya kawasan bukit-bukau yang selama ini menjadi sebagai kawasan tadahan hujan,
mulai ditarah dan digondolkan.
Malah dua pusat peranginan utama,
Genting Highlands dan Cameron
Highlands, yang dahulunya begitu terkenal
dengan udaranya yang sejuk telah menjadi semakin panas.
Tambahan pula terdapat laporan yang menyatakan bahawa kegiatan
pembalakan telah menyebabkan seluas
800 ribu hektar hutan telah
dibersihkan dalam masa setahun, sedangkan kadar penanaman semula
hutan jauh lebih rendah daripada keluasan itu. Pemulihan hutan melalui
aktiviti penanaman semula juga memerlukan masa yang panjang.
Malahan kini saiz
balak yang dibawa ke kilang lebih kecil daripada saiz balak dahulu yang lebih besar. Akhirnya jika
hasil pembuatan barangan kayu tidak dieksport semula dengan nilai yang lebih
besar, imbangan pembayaran negara akan turut terjejas.
Semua pihak
harus berhenti menebang hutan supaya alam sekitar tidak terjejas.
|
P = 01
_______
S1 = 02
S2 = 02
S3 = 02
S4
S5 = 02
S6
S7
S = 10
_______
T = 0
_______
K = 02
|
No comments:
Post a Comment