Soalan:
Pembentukan
disiplin diri anak-anak bermula di rumah bukannya di sekolah sebagai mana
tanggapan sesetengah pihak.
Huraikan
usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh ibu bapa dalam mendisiplinkan anak-anak
mereka.
Anak-anak diibaratkan seperti kain
putih. Jika diwarnakan biru, maka birulah kain tersebut.jika diwarnakan merah,
maka merahlah kain tersebut. Terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkanya.
Hasil yang telah dicorakkan dapat dilihat setelah anak-anak menginjak ke alam
remaja. Sejak dalam kandungan ibu, anak-anak telah mula mendapat didikan ibu
bapanya.Setelah membuka mata melihat dunia, ibu bapalah orang pertama yang
dilihatnya.Selama bertahun-tahun zaman kanak-kanak ibu bapalah yang bertanggung
jawab membentuk akhlak dan disiplin anak-anak.Jelaslah bahawa pembentukan
disiplin anak-anak bermula di rumah bukannya di sekolah. Oleh itu, ibu bapa
memainkan peranan penting dalam melakukan anjakan paradigm bagi membentuk
disiplin anak-anak mereka.
Ibu bapa sayogianya melengkapkan
anak-anak dengan didikan agama yang sempurna. Roh agama yang disemai ke dalam
diri anak-anak akan menerbitkan peribadi yang mulia.. Sebagai contohnya, membiasakan
diri mereka dengan memberi salam dan menghormati orang tua. Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda yang bermaksud ‘ didiklah anak-anakmu mendirikan solat sedari
umur tujuh tahun’. Solat merupakan asas agama yang paling penting yang perlu
diterapkan dalam diri anak-anak. Hal ini kerana solat merupakan tiang
agama.Analoginya, sesebuah rumah tidak akan dapat didirikan tanpa tiang. Solat
dapat mencegah daripada melakukan perbuatan mungkar. Anak-anak seharusnya
dilatih menjaga solat sejak kecil agar mereka lebih mudah dibentuk untuk
menjaga disiplin diri. Hal ini kerana, solat memerlukan disiplin diri yang
tinggi dan istiqamah. Memetik kata-kata pakar motivasi terkenal, Dr. H.M.Tuah
Iskandar, “seribu mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegelapan, namun
cahaya keimanan dapat menyuluh ke jalan kebahgiaan”. Oleh itu, didikan agama
yang sempurna amat penting dalam pembentukan disiplin anak-anak.
Selain itu, ibu bapa perlu
menitipkan kasih sayang secukupnya tanpa membeza-bezakan antara anak-anak.
Tidak boleh ibu bapa bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Hal ini bagi mengelakkan timbul rasa iri hati antara
anak-anak.Ibu bapa perlu bersikap adil sesama anak-anak agar tiada antara mereka berasa tersisih atai
disisihkan. Sebagai contohnya, jika membeli keperluan di pasar raya, berlaku
adil dengan membelikan baranagn yang sama dan bersesuaian kepada nak-anak.
Sekiranya ingin memuji atau member teguran, hendaklah dengan adil agar tiada
antara mereka berasa kecil hati dan rendah diri. Justeru kasih sayang ibu bapa
seputih salju selembut sutera membentuk ikatan kekeluargan yang ampuh sekali
gus memudahkan anak-anak mendengar nasihat.Jelaslah bahawa kasihan sayang ibu
bapa dapat membentuk didiplin anak-anak.
Jika dilihat dari perspektif yang
berbeza, anak-anak juga tidak seharusnya terlalu dimanjakan.kemanjaan yang
keterlaluan akan memusnahkan anak-anak.Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu
mengamalkan toleransi dan ketegasan dalam sesuatu situasi atau keadaan.
Tamsilannya, sekiranya anak-anak melakukan kesilapan atau kesalahan, berikanlah
hukuman yang setimpal.Sebai-baiknya hukuman itu diiringi dengan tunjuk ajar dan
nasihat agar anak-anak memahami mengapa mereka dihukum. Selain dapat menerima
hukuman tersebut, anak-anak tidak akan mengulangi kesalahan yang sama kerana
mereka memahami bahawa perbuatan mereka itu sebenarnya salah. Mereka juga
memahami bahawa hukuman itu merupakan keperihatian ibu bapa terhadap
mereka.Oleh itu benarlah bahawa toleransi dan ketegasan akan membentuk disiplin
diri anak-anak.
Ibu bapa sayogianya perlu menyedari
bahawa mereka menjadi suri teladan kepada anak-anak.Setiap tutur kata dan
perilaku ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak. Sebagai contohnya, sekiranya
berlaku perselisihan faham antara suami isteri, mereka perlu menyembunyikan
dari anak-anak. Pertengkaran antara mereka tidak harus menjadi tontonan
anak-anak.Hal ini akan dapat memembentuk anak-anak yang rasional, tolenrasi,
dan bijaksana mengatasi sesuatu masalah. Selain itu, tunjukkanlah perilaku
teladan yang baik di hadapan anak-anak. Sebagai contohnya, mengutip sampah dan
membuangnya ke dalam tong sampah. Sekiranya berada di tempat-tempat awam,
mereka tidak membuang sampah merata-rata.Malahan ketika berada dalam kereta
mereka tidak boleh membuang sampah melalui tingkap kereta. Oleh itu, anak-anak
akan terbentuk peribadi mulia melalui teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa
mereka. Sudah terang lagi bersuluh bahawa teladan yang ditiru oleh ibu bapa
akan membentuk disiplin dalam diri anak-anak.
Langkah terakhir ialah ibu bapa
perlu mengambil berat tentang kehidupan sosial anak-anak. Tamsilannya,
memantau dengan siapa anak-anak berkawan
dan ke mana hala tuju mereka selepas keluar dari rumah. Hal ini bertujuan
mengelakkan anak-anak terlibat dengan gejala sosial seperti merempit, merokok,
dan pergaulan bebas yang semakin meruncing dewasa ini. Ibu bapa perlu melarang
anak-anak mereka berkawan dengan mereka yang rosak akhlaknya. Masa berada di
luar rumah bersama-sama rakan sebaya perlu dihadkan. Hal ini sedikit sebanyak
dapat membantu meningkatkan disiplin mereka. Memetik kata-kata Alex Gordon, “lampu
alladin tidak akan menyala dengan sendiri, tetapi ia menyala sebaik Alladin
menggosoknya.” Hal ini memberi makna bahawa membentuk disiplin dalam diri
anak-anak tidak berlaku dengan keajaiban. Ibu bapalah yang menentukan akhlak
dan disiplin anak-anak mereka.
Deduksinya, ibu bapa memberi impak
yang besar dalam membentuk disiplin anak-anak. Mereka Mereka haruslah berkorban
tenaga,masa,dan wang ringgit untuk melahirkan generasi yang berwawasan bagi
memimpin negara pada masa akan datang.Memetik kata-kata Imam Ghazali, “jika
ingin melihat masa depan negara tersebut, lihatlah keadaan remajanya pada hari
ini.”Jelaslah bahawa anak-anak yang berdisiplin hasil didikan ibu bapanya akan
meneruskan kelangsungan pembangunan negara.
No comments:
Post a Comment