Saturday 16 November 2013

PANDUAN MENUKAR CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH


Tatabahasa: Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

1. Pelajar mesti mengenal pasti jenis petikan  yang diberi.
2. Fahami kehendak dan arahan soalan.
3. Baca petikan yang diberi dengan teliti.
4. Pelajar tidak dibenarkan menambah atau meninggalkan isi serta mengubah maksud  
    keseluruhan petikan.
5. Pengolahan isi mesti mengikut susunan teks asal.
6. Penggunaan kata singkatan mesti ditukarkan kepada perkataan yang lengkap seperti nak 
    (hendak), mak (emak).
7. Kata ganti diri,  tempat , masa, dan sebagainya mesti ditukar dengan tepat.
8. Struktur ayat perlu betul, pengolahan mesti baik dan lancar. Elakkan kesalahan 
    tatabahasa, tanda baca, ejaan dan penggunaan kata.

Tatabahasa: Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

1. Cakap Ajuk dan Cakap Pindah ialah percakapan yang dilaporkan semula secara lisan   
   atau tulisan tanpa mengubah maksudnya.
2. Cakap ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan tidak mengubah
   maksud asalnya.

Contoh:
“ Tutup pintu bilik itu, “ kata Helmi kepada adiknya.

3. Dalam penulisan, tanda petik ("...") digunakan untuk cakap ajuk.
4. Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang telah ditulis semula dengan menggunakan
   bahasa tanpa mengubah maksudnya.

Tanda petik ("...") tidak digunakan dalam cakap pindah.

Contoh:
Helmi menyuruh adiknya menutup pintu bilik itu.

Contoh:

Cakap Ajuk
Cakap Pindah
``Saya harap awak dapat datang ke sekolah esok,’’ kata Cikgu Halimah kepada Musa.
Cikgu Halimah berharap agar Musa dapat datang ke sekolah esok.
``Di bilik makmal sekolah, saya dapati terdapat enam buah kerusi. Saya juga melihat ada satu unit televisyen dan lima unit komputer yang diletakkan di atas meja di sebelah pintu masuk,’’ kata Ah Ling.
Kata Ah Ling, di bilik makmal sekolahnya terdapat enam buah kerusi serta satu unit televisyen dan lima unit komputer yang diletakkan di meja bersebelahan dengan pintu masuk.
``Datang ke kantin segera!,’’ jerit Cikgu Linggam kepada murid-murid Tahun Enam Melur.
Cikgu Linggam berteriak mengarahkan murid-murid Tahun Enam Melur datang ke kantin segera.
``Saya hendak ke kedai,’’ kata Mahani sambil mengayuh basikalnya.
Sambil mengayuh basikalnya, Mahani memberitahu dia hendak ke kedai.
``Selamat Hari Guru,’’ kata murid-murid sekolah itu secara serentak semasa perhimpunan pagi.
Murid-murid sekolah itu mengucapkan Selamat Hari Guru secara serentak semasa perhimpunan pagi.

No comments: