Friday, 15 November 2013

MEMBINA AYAT

Panduan:
Membina ayat
1.       Bina ayat berpandukan arahan dan kehendak soalan
2.       Pastikan setiap ayat ada subjek dan predikat
3.       Binalah ayat majmuk dan elakkan menulis ayat tunggal
4.       Pastikan ejaan dan tatabahasa dalam ayat betul.
5.       Jangan menjadikan kata yang diberikan sebagai kata majmuk, peribahasa, dan kata nama khas.
6.       Jangan menulis pasangan kata yang diberikan dalam satu ayat sahaja.

PELAJAR BOLEH
}  Membuat ayat dengan cara memberi maksud perkataan.
}  Membuat ayat dengan menggunakan cakap ajuk tetapi perlu mematuhi peraturan cakap ajuk.
}  Menambah/ menghilangkan imbuhan
}  Menggunakan perkataan sebagai kata nama khas.
}  Menggunakan perkataan sebagai peribahasa.
}  Membuat ayat yang tidak difahami maksud
PELAJAR TIDAK BOLEH
}  Menambah/ menghilangkan imbuhan
}  Menggunakan perkataan sebagai kata nama khas.
}  Menggunakan perkataan sebagai peribahasa.
}  Membuat ayat yang tidak difahami maksud

Bil
Kemungkinan-kemungkinan
Markah
1
Jika pelajar membina ayar yang betul/ gramatis.
1
2
Jika pelajar membina ayat yang betul maksudnya tetapi mengandungi kesalahan ejaan atau kesalahan-kesalahan tatabahasa yang lain
Tolak ½
3
Jika pelajar menggunakan perkataan tersebut sebagai peribahasa
0
4
Jika pelajar menggunakan perkataan tersebut sebagai kata nama khas
0
5
Jika pelajar memberi makna perkataan dan makna tersebut tepat
1
6
Jika pelajar membina seolah-olah satu ayat tetapi sebenarnya dua ayat atau lebih
Tolak ½
7
Jika pelajar menggunakan beberapa perkataan untuk dijadikan satu ayat, perimbangan diberi sebagai satu ayat sahaja
1
8
Jika pelajar menambah/ meninggalkan imbuhan
0
9
Jika pelajar membina ayat yang tidak jelas maksudnya
Tolak ½
10
Jika pelajar membina ayat yang tidak logik dari segi fakta negara
0
11
Jika pelajar hanya membuat satu ayat dan meninggalkan pasangan kata yang satu lagi.
0



No comments: