Monday, 19 January 2009

Pendahuluan




Inilah saat yang mengembirakan menjadi seorang Islam.Pada Disember 2003 aku bersama-sama isteri menjejakkan kaki buat pertama kali di bumi Madinah.Aku berasa cukup bernasib baik kerana penerbangan kami dari KLIA terus ke Madinah.


Apabila penerbangan kami sampai ke lapangan terbang Madinah, cukup sukar untuk aku bayangkan perasaan aku ketika itu. Keluar sahaja dari pesawat angin sejuk terus menusuk. Terasa kesejukannya cukup berlainan sekali. Oleh kerana perasaan gembira yang amat sangat, kesejukkan itu tidak aku rasakan sangat. Dalam hati aku mengucapkan syukur kepada tuhan yang telah memilih akau dan isteri untuk menunaikan Haji dalam usia muda.



Keluar dari lapangan terbang kami terus menuju ke terminal menjalani pemeriksaan. Ahamdulillah segala urusan pemeriksaan di pintu masuk di lapangan terbang Madinah agak mudah. Kami terus menaiki bas menuju ke hotel yang telah disediakan untuk kami oleh pihak Tabung Haji. Dalam masa lebih kurang 45 minit kami telah sampai di Hotel Durrah Andalus betul-betul berhadapan dengan Masjid Nabawi.

Ketika kami menjejakkan kaki ke hotel waktu subuh hampir menjelang. Dari pintu hotel kami nampak cahaya lampu terang benderang kelihatan di Masjid Nabawi. Tanpa diberitahu sesiapa aku dapat mengagak itulah masjid Nabawi. Tak sabar rasanya hati untuk menunaikan Subuh di situ. Namun atas nasihat petugas TH aku terpaksa pendamkan hasrat itu demi keselamatan. Kami akur dengan nasihat tersebut memandangkan ini adalah tempat asing bagi kami. Malahan semasa kursus pelbagai cerita kami diberitahu peristiwa jemaah sesat kerana sikap gopoh dan kurang sabar.



No comments: