Selama lapan hari di Madinah kami cukup selesa mengerjakan ibadat. Kesihatan yang baik memudahkan kami berulang alik dari hotel ke masjid. Inilah nikmat kesihatan yang sering kita lupa.
Sebelum tiba ke tanah suci sahabat sering bertanya adakah teman-teman lain yang bersama-sama. Kata mereka kalau ada rakan atau teman akan lebih mudah apabila di sana nanti. Oleh kerana kami hanya berdua sahaja, terasa juga sedikit gelisah pabila ditanya sedemikian.Aku gagahkan hati menyatakan aku ke sana hanya untuk ke rumah Allah. Maka Allahlah pelindung dan tempat aku bergantung harap.
Semasa di Madinah Allah temukan aku dengan 2 pasangan suami isteri yang masih muda dan sepasang suami isteri yang agak berumur. Persahabatan kami sangat rapat hingga kini.
No comments:
Post a Comment