Monday, 16 February 2015
Sunday, 15 February 2015
IMBUHAN ‘meN-...-kan’ DAN ‘meN-...-i’
Imbuhan apitan meN-, meN-...-kan dan meN-...-i
akan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan objek atau penyambut sebagai unsur
predikatnya.
1. Kata Kerja apitan
‘meN-...-kan’ dan ‘meN-‘
meN-...-kan = 2
objek (objek tepat dan objek sipi)
meN- = 1
objek dan frasa keterangan
contoh: Mak Limah membuatkan [Pak Mansor] [secawan kopi]
objek tepat objek sipi
Mak Limah membuat [secawan
kopi] untuk Pak Mansor.
Objek tepat frasa keterangan
Kekecualian:
Terdapat kekecualian bagi rumus di atas bagi kata dasar beri dan ajar yang menerima imbuhan apitan meN-...-kan dan meN-
Contoh: Ibu memberikan segelas air [kepada adik.]
Objek frasa keterangan
Ibu memberi adik [segelas air.]
Objek tepat objek sipi
Ibu mengajarkan Matematik kepada adik.
Ibu mengajar adik Matematik.
2. Kata kerja meN-...- kan
dan meN-...-i dari segi kedudukan objek tepat dan objek sipi.
- Kedua-dua jenis imbuhan ini boleh digabungkan dengan kata dasar yang sama.
- meN-...-kan akan diikuti oleh objek tidak bernyawa (benda)
- imbuhan meN-...-i pula akan menerima 2 objek (objek tepat [objek bernyawa] dan objek sipi)
Contoh: Baginda mengurniakan [hadiah] kepada pembesar
istana itu.
KKT Objek
Frasa keterangan
Baginda mengurniai [pembesar
istana itu] [hadiah].
KKT objek tepat objek sipi
Monday, 6 January 2014
Monday, 30 December 2013
Tuesday, 19 November 2013
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA S3(b) CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN
POLA AYAT-CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN
Nyatakan pola ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FK) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)
Nyatakan pola ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FK) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS)
a)
Pemain
bola sedang berlatih di padang.
-
“ Pemain bola” (FN)
“sedang berlatih di padang”.(FK)
Jawapan: FN + FK
b)
KumpulanAngsa
Ganas amat spontan ketika berlawak.
-
“ Kumpulan Angsa
Ganas” (FN) “amat spontan ketika berlawak.”(FA)
c)
Beg
tangan Puan Jamilah dari luar negeri.
-
“Beg tangan Puan
Jamilah” (FN) “ dari luar negara.” (FSN).
Jawapan (FN) + ( FSN)
d)
Kebun
sayur Farid kebun warisan keluarganya.
-
“Kebun
sayur Farid” (FN) “ kebun warisan keluarganya.”(FN)
Jawapan
(FN) + (FN)
e)
Kereta
mainan adik Shamil di bawah meja.
-
“Kereta mainan adik
Shamil”(FN)” di bawah meja.”(FSN)
Jawapan: (FN) + (FSN)
f)
Semua
buku latihan Izzati buku yang dibeli di koperasi.
-
“Semua
buku latihan Izzati”(FN) “ buku yang dibeli di koperasi.”(FN)
-
Jawapan:
(FN) + (FN)
Monday, 18 November 2013
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA S3(b)
POLA AYAT- NOTA
Frasa merupakan unsur yang membina ayat sama ada
sebagai subjek, predikat atau keterangan. Frasa boleh terdiri daripada satu
kata atau beberapa kata. Dalam Bahasa Malaysia, terdapat empat jenis frasa.
a)
Frasa Nama ( FN )
Contoh:
Encik Taufek seorang guru. “ Encik Taufek” ialah Frasa nama bertugas sebagi
subjek. “ seorang guru” ialah Frasa nama bertugas sebagai predikat. (FN + FN)
b)
Frasa Kerja ( FK )
Contoh:
Hanafiah bermain bola. “Hanafiah” ialah Frasa Nama bertugas sebagi subjek.
“bermain bola” ialah Frasa Kerja yang bertugas sebagai predikat. ( FN + FK )
c)
Frasa Adjektif ( FA )
Contoh:
Amanina sangat pandai. “ Amanina” ialah Frasa Nama bertugas sebagai subjek.
“sangat pandai” ialah Frasa Adjektif yang bertugas sebagai predikat. ( FN +
FA )
d)
Frasa Sendi Nama ( FS )
Contoh:
Mek Ti ke Pulau Pinang. “Mek Ti “ ialah Frasa Nama bertugas sebagai subjek.
“ke Pulau Pinang” ialah Frasa sendi Nama bertugas sebagai predikat. (FN + FSN
)
|
Subscribe to:
Posts (Atom)