Imbuhan apitan meN-, meN-...-kan dan meN-...-i
akan membentuk kata kerja transitif yang memerlukan objek atau penyambut sebagai unsur
predikatnya.
1. Kata Kerja apitan
‘meN-...-kan’ dan ‘meN-‘
meN-...-kan = 2
objek (objek tepat dan objek sipi)
meN- = 1
objek dan frasa keterangan
contoh: Mak Limah membuatkan [Pak Mansor] [secawan kopi]
objek tepat objek sipi
Mak Limah membuat [secawan
kopi] untuk Pak Mansor.
Objek tepat frasa keterangan
Kekecualian:
Terdapat kekecualian bagi rumus di atas bagi kata dasar beri dan ajar yang menerima imbuhan apitan meN-...-kan dan meN-
Contoh: Ibu memberikan segelas air [kepada adik.]
Objek frasa keterangan
Ibu memberi adik [segelas air.]
Objek tepat objek sipi
Ibu mengajarkan Matematik kepada adik.
Ibu mengajar adik Matematik.
2. Kata kerja meN-...- kan
dan meN-...-i dari segi kedudukan objek tepat dan objek sipi.
- Kedua-dua jenis imbuhan ini boleh digabungkan dengan kata dasar yang sama.
- meN-...-kan akan diikuti oleh objek tidak bernyawa (benda)
- imbuhan meN-...-i pula akan menerima 2 objek (objek tepat [objek bernyawa] dan objek sipi)
Contoh: Baginda mengurniakan [hadiah] kepada pembesar
istana itu.
KKT Objek
Frasa keterangan
Baginda mengurniai [pembesar
istana itu] [hadiah].
KKT objek tepat objek sipi
No comments:
Post a Comment