Frasa merupakan unsur yang membina ayat sama ada
sebagai subjek, predikat atau keterangan. Frasa boleh terdiri daripada satu
kata atau beberapa kata. Dalam Bahasa Malaysia, terdapat empat jenis frasa.
a)
Frasa Nama ( FN )
Contoh:
Encik Taufek seorang guru. “ Encik Taufek” ialah Frasa nama bertugas sebagi
subjek. “ seorang guru” ialah Frasa nama bertugas sebagai predikat. (FN + FN)
b)
Frasa Kerja ( FK )
Contoh:
Hanafiah bermain bola. “Hanafiah” ialah Frasa Nama bertugas sebagi subjek.
“bermain bola” ialah Frasa Kerja yang bertugas sebagai predikat. ( FN + FK )
c)
Frasa Adjektif ( FA )
Contoh:
Amanina sangat pandai. “ Amanina” ialah Frasa Nama bertugas sebagai subjek.
“sangat pandai” ialah Frasa Adjektif yang bertugas sebagai predikat. ( FN +
FA )
d)
Frasa Sendi Nama ( FS )
Contoh:
Mek Ti ke Pulau Pinang. “Mek Ti “ ialah Frasa Nama bertugas sebagai subjek.
“ke Pulau Pinang” ialah Frasa sendi Nama bertugas sebagai predikat. (FN + FSN
)
|
Monday, 18 November 2013
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA S3(b)
POLA AYAT- NOTA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment