Tidur merupakan keperluan setiap manusia dan haiwan. Tidur yang lena adalah rehat yang terbaik. Soal berapa jam kita tidur tidak penting. Tidur sedikit tetapi memenuhi keperluan untuk rehat sudah mencukupi. tidur yang panjang belum tentu memenuhi keperluan kita. Antara fenomena tidak cukup tidur ialah kita mudah berasa mengantuk. Rasa mengantuk akan mengganggu urusan seharian kita. Walau bagaimanapun, apabila kita renung sejenak kita akan dapati rasa mengantuk cukup penting kepada manusia. Alangkah hebatnya Maha Pencipta yang mencipta manusia dengan sempurna. dengan rasa mengantuk kita dapat membuat persediaan dan mencari tempat tidur yang sesuai dan selamat. Bayangkan sekiranya tidak ada rasa mengantuk antara jaga dengan tidur maka kita akan tidur semasa berjalan, kita akan tidur semasa memandu, dan kita akan lihat manusia akan tidur di mana-mana sahaja.
Malangnya pelajar saya selalu tidur dalam kelas. Tabiat tidur dalam kelas menyebabkan mereka tidak belajar pada masa yang paling baik untuk belajar. Mengantuk sahaja pun sudah menggangu pembelajaran mereka apatah lagi tidur. Fenomena tidur dalam kelas sudah menjadi virus yang yang menyerang seluruh penghuninya. Daripada tingkatan 1 hingga tingkatan lima tabiat tidur dalam kelas menjadi lumrah.
Saya tidak ingin mengulas banyak tentang isu ini kerana semua pihak mempunyai alasan tersendiri untuk mengemukakan pendapat yang tidak berkesudahan.
jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment